Haruka hanya mendiamkan diri sahaja dan juga hanya mengangguk. Akhirnya lelaki itu pun melepaskan Haruka, dia hanya perhatikan Haruka dari jauh sahaja.
Haruka mula mengambil kesempatan untuk meminta tolong dengan orang yang lalu di kawasan itu melalui tingkap tandas. Kebetulan ada seorang datang seperti Haruka bayangkan. Haruka masih lagi terus meminta tolong dari orang itu.
Orang yang Haruka meminta tolong itu seorang yang buta tetapi dia mempunyai keistimewaan tersendiri. Orang itu terus mencari suara orang yang meminta tolong dan segera pergi ke arah tempat suara itu.
"Awak! Tolong selamatkan saya! Saya di culik! Awak! Tolong selamatkan saya! Arghhh! Tolong!" Haruka menjerit sekuat hati sehingga orang yang menjaga Haruka mula tarik Haruka untuk diamkan dia.
Dalam hati, Haruka berharap orang itu akan menolongnya. Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri. ketika perbalahan antara penculik itu dan Haruka, tiba-tiba.........
Wednesday, 20 November 2013
HANYA KAU SEORANG CHAPTER 3
Barulah Haruka sedar yang dia telah di ikat dan di jaga rapi oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Haruka masih lagi boleh bersikap tenang. Dia melihat di sekelilingnya untuk mengetahui serta memantau kawasan yang dia tidak kenali.
"Hmm... Macam mana aku nak keluar daripada kawasan ini dengan tangan yang dah terikat ni." Hatinya mula berkata-kata sambil itu ligat dia berfikir macam mana dia ingin keluar dari tempat penculikan.
Haruka masih lagi memikirkannya. Akhirnya, dia menggunakan idea yang dia fikir tadi dengan menggunakan godaannya. Pada mulanya, dia membiarkan dahulu dan apabila sudah kena pada waktunya barulah dia mulakan langkahnya dengan menggunakan keseksiannya untuk dia melepaskan diri.
"Awak yang di sana. Hmm... Boleh tolong saya?" Jawab Haruka dengan suara yang menawan dan menggodakan.
Orang yang Haruka panggil mula datang dan bertanyakan apa yang Haruka mahukan.
"Apa yang awak nak?" Jawab orang itu.
"Erm.... Sebenarnya saya tak tahan nak pergi ke tandas. Boleh tak awak buka ikatan tali kat tangan saya ni? Saya dah tak tahan sangat ni." Jawab Haruka sambil mengepit kaki dia seolah-olah dia sedang menahan.
"Ok. Saya bagi awak pergi ke tandas. Tapi! Kalau awak cuba nak lari dari kami semua! Habislah riwayat awak dengan pistol ni! Faham tak apa yang saya cakap ni?!" Amarah lelaki itu sambil mengacu pistol ke arah Haruka.
Subscribe to:
Posts (Atom)