CHAPTER 2
"Siapa dekat sini Tohyama Haruka?!" Soal orang itu. Pada mulanya mereka hanya mendiamkan diri tetapi apabila melihat orang itu marah. Mereka mula berasa takut dengan orang itu.
"Cepat beritahu aku siapa Tohyama Haruka?! Kalau kamu semua tak nak beritahu maka dengan serta merta, aku akan tembak salah seorang kat sini!" Jawabnya sambil menghalakan pistol ke arah salah seorang keluarga Haruka.
Haruka melihat ahli keluarganya berada dalam ketakutan, akhirnya dia memberanikan diri bangun dan mengaku yang dia adalah Tohyama Haruka.
"Sayalah Tohyama Haruka. Orang yang awak cari. Ada apa awak semua nak dari saya?" jawab Haruka.
"Jadi kaulah Haruka?!" kata salah seorang dari mereka.
Haruka hanya mengangguk sahaja.
Orang itu senyum apabila Haruka mengangguk dengan pertanyaannya
"Akhirnya aku jumpa kau, Haruka. Jadi aku rasa kau patut ucapkan selamat tinggal pada keluarga kau sebab kau takkan jumpa lagi keluarga kau selepas ni." jawab orang itu lalu menembak keluarga Haruka. Haruka yang mendengar kata-kata orang itu. Dia berasa sangat terkejut dan cuba untuk menghalang daripada di tembak tetapi ternyata Haruka tidak berjaya menyelamatkan keluarganya. Akhirnya, keluarga Haruka mati di depan matanya.
Haruka terduduk apabila melihat keluarganya mati. Air matanya mengalir tanpa henti. Dia begitu sedih dengan pemergian keluarganya.
Entah bila salah seorang daripada mereka memberi Haruka ubat pelali dan Haruka akhirnya dibuai mimpi. Mereka membawa Haruka masuk ke dalam kereta dan perhi ke suatu tempat yang tiada penghuni. Perjalanannya terlalu jauh untuk dibawa......