CHAPTER 1
Tohyama Haruka adalah gadis yang berusia 17 tahun. Dia mempunyai rahsia yang sangat besar. Sehinggakan keluarga, kawan dan buah hatinya tidak tahu bahawa dia menyimpan satu rahsia itu. Ketika Haruka sedang menikmati makan malamnya bersama keluarganya.
Tiba-tiba rumah mereka telah dipecah masuk oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali. Haruka dan keluarganya agak terkejut dengan apa yang telah terjadi. Keluarga Haruka terduduk kerana salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah mereka.
"Jangan bergerak! Kamu semua meniarap sekarang! Kalau tak nak kena tembak! Kalau kamu semua masih berdegil lagi! Saya tak teragak-agak untuk tembak kamu semua!" kata salah seorang daripada mereka.
Haruka dan keluarganya hanya ikut arahan sahaja apa yang disuruh tetapi Haruka tenang sahaja dengan apa yang terjadi. Seolah-olah dia tahu apa yang terjadi pada dia.....
No comments:
Post a Comment